Wednesday, April 30, 2008

ULASAN: A CLOCKWORK ORANGE (1971)


PENGARAH

Stanley Kubrick (Dr Strangelove, The Shining, Full Metal Jacket, Eyes Wide Shut)

PELAKON

Malcom McDowell, Patrick Magee, Adrienne Corri, Michael Bates, Warren Clarke, John Clive

SINOPSIS

Alex (McDowell) merupakan remaja bermasalah yang mengetuai sebuah geng jenayah. Aktiviti harian termasuklah merogol, merompak, dan membelasah sesiapa saja.

Alex tidak disukai oleh ahli kumpulan yang lain akibat sikap berlagak dan akhirnya dia disabotaj oleh ahli kumpulan sendiri dan ditangkap polis.

Dia didapati bersalah membunuh setelah tidak sengaja membunuh seorang wanita yang ingin dirogol.

Untuk melepaskan diri daripada seksaan penjara, Alex mendaftarkan diri dalam satu program kerajaan Britain yang kononnya mengamalkan pendekatan baru untuk memulihkan penjenayah tegar.

Peserta akan diberikan sejenis dadah yang akan menyebabkan seseorang menjadi sakit dan hampir lumpuh apabila ingin melakukan sesuatu perbuatan jenayah.

Setelah disahkan sembuh, Alex kembali semula ke pangkuan masyarakat tanpa menyedari rawatan tersebut telah menukar cara pemikirannya.

Cabaran yang menunggu Alex lebih hebat – wartawan, ahli politik, dan bekas mangsanya yang masih berdendam.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Ini filem Stanley Kubrick. Tidak pernah ada karya Kubrick yang Tauke tak suka.

2. Plot pantas dan pertukaran karakter yang jelas dan berkesan. Alex yang jahat akan dibenci, Alex yang insaf akan dikasihani.

3. Filem ini kreatif. Bagaimana anda mahu faham remaja liar yang tidak menggemari punk rock tetapi muzik klasik Beethoven? Tonton filem ini.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Banyak adegan bogel dan separa bogel dalam filem ini. Tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Kalau kalian nak tengok juga, bukan masalah Tauke. Haha.

2. Falsafah filem ini tinggi, tapi mesej itu mungkin terhalang dengan adegan ganas dan seks yang kadangkala keterlaluan.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak Alex dipulihkan dalam program khas. Rasa benci, meluat, kasihan, dan humor dirangsang dengan seimbang dan sempurna.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Malcolm McDowell

METER TAUKE

4/5

No comments: