Sunday, May 4, 2008

ULASAN: THE USUAL SUSPECTS (1995)


PENGARAH

Bryan Singer (Public Access, X-Men, X2, Superman Returns)

PELAKON

Stephen Baldwin, Benicio Del Toro, Gabriel Byrne, Kevin Pollak, Kevin Spacey, Chazz Palminteri, Peter Postlethwaite

SINOPSIS

Roger Kint (Spacey) merupakan satu-satunya penjenayah yang terselamat dalam letupan sebuah kapal yang dikatakan membawa bekalan dadah untuk pertukaran haram dadah-wang antara dua geng jenayah.

Setelah diasak pelbagai soalan oleh Ejen Dave Kujan (Palminteri), Kint akhirnya menceritakan semula apa sebenarnya yang berlaku di atas kapal tersebut.

Kint dalam ceritanya membongkar pakatannya dan empat orang penjenayah lain untuk melakukan pelbagai jenayah setelah mereka semua bertemu dalam lokap yang sama selepas satu sesi soal siasat.

Pakatan mereka akhirnya diketahui oleh legenda dunia gangster iaitu ‘Keyser Soze’ yang akhirnya mengupah pakatan itu untuk menyekat pertukaran dadah-wang yang bakal berlaku di atas kapal tersebut, kononnya milik musuh perniagaan Soze.

Pakatan itu yang diketuai oleh seorang bekas polis, Michael McManus, bersetuju untuk bekerjasama dengan Soze tetapi akhirnya mendapati bahawa apa yang ada di atas kapal tersebut bukanlah seperti yang digambarkan.

Dan mereka mengetahui siapakah Keyser Soze yang sebenarnya.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Ending yang tak dijangka. Plot twist berlaku beberapa kali pada minit-minit akhir filem ini. Memang hebat. Antara ending filem paling menarik pernah Tauke tonton.

2. Ada keserasian pada kelima-lima watak penjenayah yang menjadi tunjang filem ini. Kadang-kadang lucu, sedih pun ada. Sangat berkesan.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Watak Ejen Kujan membosankan dan kaku.

2. Plot filem berbelit-belit sikit di pertengahan filem. Banyak sangat karakter dan perkaitan yang ingin disampaikan. Boleh jadi keliru jugalah.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak akhir apabila semuanya terbongkar. Mengejutkan.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Kevin Spacey

METER TAUKE

4.1/5

2 comments:

Anonymous said...

This is one of my faveret movies. Aku paling suka ending dia. First time tengok citer ni masa darjah 6 kot. Bila dah masuk universiti baru teringat dan cari balik crite ni.
Harap tauke jangan lupa siapa yang introduce citer ni kat tauke.

Tauke Wayang said...

Dah tentu tak lupa. Hehe.