Friday, April 25, 2008

ULASAN: THE BRAVE ONE (2007)


PENGARAH

Neil Jordan

PELAKON

Jodie Foster, Terrence Howard, Naveen Andrews, Nicky Katt, Mart Steenburgen

SINOPSIS

Erica Bain (Foster) seorang hos radio telah menjadi mangsa trauma kronik selepas dia dan tunang, David Kirmani (Andrews) dibelasah teruk oleh tiga orang gangster di sebuah taman dekat New York.

Tunangnya meninggal dunia di tempat kejadian. Bain mengambil keputusan untuk tinggal di dalam rumah dan tidak keluar – namun pada suatu hari dia nekad untuk keluar.

Bain membeli sepucuk pistol untuk perlindungan diri dan pada suatu malam, Bain bertembung dengan seorang perompak di kedai runcit.

Demi menyelamatkan kedai tersebut, Bain menembak mati perompak tersebut dan dia melarikan diri. Kejadian tak sengaja ini berterusan apabila Bain terus menjadi ‘wira gelap’ dan membunuh sesiapa sahaja yang melakukan kejahatan.

Kejadian ini disiasat oleh Detektif Mercer (Howard) yang turut menjadi tetamu rancangan radio Bain. Mercer terus menyiasat dan Bain terus bersembunyi.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Bukan selalu kita boleh tengok penjahat-penjahat ditembak mati oleh wanita yang terketar-ketar memegang pistol – bukannya hero gagah.

2. Tauke memang suka watak dark hero macam Spawn, The Punisher, dan banyak lagilah. Jahat tapi baik. Baik tapi jahat. Layan.

3. Skrip dalam filem ini banyak falsafah. Terutama dalam babak Bain menghoskan rancangan radionya yang bercerita tentang kehidupan.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Keberanian tiba-tiba yang tertonjol dalam diri Bain kadang-kadang nampak tak logik. Kalau boleh trauma kronik sebab tengok tunang mati – macam mana boleh jadi pembunuh bersiri? Mungkin reversal effect.

2. Dalam beberapa babak, kekuatan fizikal Bain macam over sikitlah.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak kali pertama Bain menembak penjahat. Ketakutan bertemu dendam dan keazaman. Trauma yang dihapuskan dengan kejadian yang menyebabkan trauma – peluru dan kematian.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Jodie Foster

METER TAUKE

3.4/5

No comments: