Friday, April 25, 2008

ULASAN: STREET KINGS (2008)

PENGARAH

David Ayer

PELAKON

Keanu Reeves, Forest Whitaker, Hugh Laurie, Chris Evans, Common, The Game

SINOPSIS

Detektif Tom Ludlow (Reeves) merupakan pegawai polis berpengalaman di Los Angeles Police Department (LAPD). Dalam satu kejadian tembak-menembak yang menyebabkan kematian bekas rakan sekerja Ludlow, beliau telah disyaki menyebabkan kematian tersebut.

Ludlow kemudiannya cuba membongkar satu-persatu misteri di sebalik kematian bekas rakan sekerjanya melalui teknik penyiasatannya yang tidak mematuhi etika kepolisan tetapi dilindungi oleh bosnya, Kapten Jack Wander (Whitaker).

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini kick-ass. Banyak aksi kepolisan yang selamba tetapi tetap mengagumkan. Boleh tengok orang cucuk pipi guna hujung gari. Aduh!

2. Jalan cerita mudah. Penonton akan ‘dipaksa’ untuk kekal sehingga ke akhir filem sebab skrip dan perkembangan karakter membuatkan kita rasa semua orang boleh dikaitkan dengan kematian dan korupsi dalam LAPD.

3. Bagi penonton wanita (dan lelaki) yang dah lama rindu dengan aksi aktor kacak Keanu Reeves – ini kemunculannya yang berkesan dalam filem aksi selepas Speed dan The Matrix.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Ending filem ini ada twist sedikit, tapi macam dah boleh agaklah kalau tengok betul-betul. Haha.

2. Karakter watak Hugh Laurie, Kapten James Biggs, ada pengaruh gaya dan intonasi Dr. Gregory House – watak drama lakonan Laurie.

3. Ada dua orang rapper berlakon dalam filem ini – Common dan The Game. Lakonan mereka...bolehlah.

BABAK PILIHAN TAUKE

1. Babak ini kalau Tauke tulis, nanti kalian tahu pula kesudahannya. Kasihanlah yang masih belum tonton. Babak akhir, Ludlow dan Wander bertikam lidah.

2. Semua babak kick-ass. Ada orang kena gulung badan dalam kawat duri. Kena cucuk pipi dengan gari. Macam-macam ada!

PELAKON PILIHAN TAUKE

Forest Whitaker

METER TAUKE

3.5/5

No comments: