Friday, April 25, 2008

ULASAN: THE GREAT DEBATERS (2007)

PENGARAH

Denzel Washington

PELAKON

Denzel Washington, Nate Parker, Jude Smollett, Denzel Whitaker, Forest Whitaker

SINOPSIS

Filem ini diadaptasi daripada sebuah kisah benar mengenai Melvin B. Tolson, seorang profesor di Wiley College – sebuah kolej untuk pelajar kulit hitam pada tahun 1935.

Tolson (Washington) mengasaskan sebuah pasukan debat di kolej tersebut. Dengan latihan beliau, kolej tersebut melalui beberapa perlawanan debat sehinggalah mereka bertemu dengan pasukan Universiti Harvard.

Filem ini turut menyentuh perjuangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat bagi mendapatkan hak-hak sivil.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Kata-kata semangat Tolson kepada para pendebat:

Who is the judge? - The judge is God.

Why is he God? - Because he decides who wins or loses. Not my opponent.


Who is your opponent? - He does not exist.


Why does he not exist? - Because he is a mere dissenting voice of the truth I speak!

2. Boleh belajar tentang sejarah perjuangan orang kulit hitam di Amerika.

3. Seronok tengok orang berdebat.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Beberapa ‘kesilapan fakta’ yang mungkin mengelirukan. Wiley College memang ada pasukan debat, tapi tak pernah lawan Universiti Harvard.

2. Sesiapa yang tak suka sangat tengok filem ‘bercakap-cakap saja’, ini bukan filem untuk kalian. Ada beberapa babak debat yang Tauke tengok pun agak bosan.

BABAK PILIHAN TAUKE

Perlawanan akhir antara Wiley College dan Universiti Harvard. Klasik. Terutamanya hujah penutup oleh Wiley College.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Nate Parker

METER TAUKE

3.6/5

6 comments:

Anonymous said...

hmm...citer ni mmg bosan. This inspiring muvi shud be more interesting cam citer 'Remember The Titans'

Tauke Wayang said...

Remember The Titan - another great inspirational movie. Mungkin Tauke boleh ulas tentang filem itu. Terima kasih!

Anonymous said...

bagus! setuju sangat! Klu prasan, Denzel washington ada tiru editting style Remember The Titan dlm citer The Great Debaters

Tauke Wayang said...

Tang mana yang Denzel tiru gaya dalam Remember The Titans?

Tauke tak perasanlah..

Anonymous said...

cuba tgk part series kejayaan2 team diorg...yg gambo black n white. Dlm Titans ade gak. N try compare, editting dia lbh kurang, dia tulis2 brape kali kejayaan n so on. Cuma dlm titans gambo kaler

Tauke Wayang said...

Ya! Betul. Betul.

Tauke baru perasan. Terima kasih Zaki.