Wednesday, April 30, 2008

ULASAN: A CLOCKWORK ORANGE (1971)


PENGARAH

Stanley Kubrick (Dr Strangelove, The Shining, Full Metal Jacket, Eyes Wide Shut)

PELAKON

Malcom McDowell, Patrick Magee, Adrienne Corri, Michael Bates, Warren Clarke, John Clive

SINOPSIS

Alex (McDowell) merupakan remaja bermasalah yang mengetuai sebuah geng jenayah. Aktiviti harian termasuklah merogol, merompak, dan membelasah sesiapa saja.

Alex tidak disukai oleh ahli kumpulan yang lain akibat sikap berlagak dan akhirnya dia disabotaj oleh ahli kumpulan sendiri dan ditangkap polis.

Dia didapati bersalah membunuh setelah tidak sengaja membunuh seorang wanita yang ingin dirogol.

Untuk melepaskan diri daripada seksaan penjara, Alex mendaftarkan diri dalam satu program kerajaan Britain yang kononnya mengamalkan pendekatan baru untuk memulihkan penjenayah tegar.

Peserta akan diberikan sejenis dadah yang akan menyebabkan seseorang menjadi sakit dan hampir lumpuh apabila ingin melakukan sesuatu perbuatan jenayah.

Setelah disahkan sembuh, Alex kembali semula ke pangkuan masyarakat tanpa menyedari rawatan tersebut telah menukar cara pemikirannya.

Cabaran yang menunggu Alex lebih hebat – wartawan, ahli politik, dan bekas mangsanya yang masih berdendam.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Ini filem Stanley Kubrick. Tidak pernah ada karya Kubrick yang Tauke tak suka.

2. Plot pantas dan pertukaran karakter yang jelas dan berkesan. Alex yang jahat akan dibenci, Alex yang insaf akan dikasihani.

3. Filem ini kreatif. Bagaimana anda mahu faham remaja liar yang tidak menggemari punk rock tetapi muzik klasik Beethoven? Tonton filem ini.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Banyak adegan bogel dan separa bogel dalam filem ini. Tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Kalau kalian nak tengok juga, bukan masalah Tauke. Haha.

2. Falsafah filem ini tinggi, tapi mesej itu mungkin terhalang dengan adegan ganas dan seks yang kadangkala keterlaluan.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak Alex dipulihkan dalam program khas. Rasa benci, meluat, kasihan, dan humor dirangsang dengan seimbang dan sempurna.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Malcolm McDowell

METER TAUKE

4/5

ULASAN: TO KILL A MOCKINGBIRD (1962)


PENGARAH

Director – Robert Mulligan (Inside Daisy Clover, The Pursuit of Happiness, The Man In The Moon)

PELAKON

Gregory Peck, John Megna, Frank Overton, Mary Badham, Philip Alford, James Anderson, Robert Duvall, Alice Ghostley

SINOPSIS

Adaptasi novel tulisan Harper Lee ini mengisahkan suasana prejudis perkauman dan ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam di Alabama, Amerika Syarikat sekitar 1932.

Temanya berat, tapi disampaikan melalui kaca mata ‘Scout’ (Badham) – anak gadis berusia 6 tahun bersama-sama abangnya, ‘Jem’ (Alford) dan seorang jiran, ‘Dill’.

Bapa ‘Scout’, Atticus Finch (Peck) merupakan seorang peguam yang ditugaskan untuk membela seorang lelaki kulit hitam yang dituduh merogol seorang gadis kulit putih.

Juri mahkamah? 12 lelaki berkulit putih.

Scout juga menceritakan pengalamannya tentang jiran misteri, Boo Radley (Duvall) yang khabarnya mempunyai masalah mental dan tidak pernah keluar dari rumah, malah pernah membunuh.

Penemuan sebuah kotak misteri di dalam lubang pokok berdekatan rumah Radley membongkar rahsia sebenarnya, menyebabkan Scout akhirnya memberanikan diri ke rumah Bradley.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Secara peribadi, Tauke dah baca karya hebat Harper Lee ini. To watch a good movie being made out of it, is a pleasure.

2. Filem ini sangat comel walaupun menceritakan tentang masalah krisis anti-kulit hitam, rogol, dan bunuh. Sebab penceritanya kanak-kanak. Sangat benar dan naif.

3. Mesej berat diadun dengan baik dalam skrip yang mudah. Bagaimana mahu terangkan keputusan mahkamah kepada anak kecil berusia enam tahun? Filem ini ada jawapannya.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Pergerakan plot perlahan. Bagi yang terbiasa dengan filem moden dengan plot pantas, ini bukan filem untuk kalian.

2. Keseluruhan dialog filem ini dtuturkan dalam loghat Alabama, selatan Amerika. Lain sikitlah bunyinya. Kalau tak ada sari kata, susah nak faham.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak Atticus Finch membela Tim Robinson, suspek rogol di mahkamah. Tenang, bijak, dan meyakinkan.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Mary Badham

METER TAUKE

3.9/5

ULASAN: FREEDOM WRITERS (2007)


PENGARAH

Richard LaGravenese (A Decade Under The Influence, PS I Love You)

PELAKON

Hillary Swank, Patrick Dempsey, Scott Glenn, Imelda Staunton

SINOPSIS

Filem ini merupakan adaptasi kisah benar mengenai Erin Gruwell (Swank) yang diberi tugas sukar untuk mengajar sebuah kelas di Woodrow Willow High School, kelas 203.

Berlatarkan Long Beach, California pada era 1990-an, kelas 203 menempatkan pelajar-pelajar bermasalah. Ahli geng jenayah dan kongsi gelap.

Saling membenci antara satu sama lain. Semangat perkauman tinggi.

Gruwell cuba mengubah perspektif mereka tentang hidup melalui kelas bahasa Inggerisnya.

Pendekatan paling mudah, Gruwell mahu dengar suara hati mereka melalui diari tulisan sendiri.

Kelas 203 mula mempelajari erti hidup dan ilmu pengetahuan yang sebenar di samping semakin intim dengan Gruwell melalui diari mereka.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Filem ini ringkas dan realistik. Hubungan guru-pelajar (nakal) dirasakan benar sepanjang filem.

2. Unsur motivasi dan pengajaran disampaikan dengan bersahaja tetapi berkesan melalui setiap watak pelajar.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Banyak sangat agenda pro-Holocaust dalam filem ini. Sokong dan simpati pada Yahudi. Kalau tak tahu Holocaust, tanya pakcik Google.

2. Beberapa watak guru selain Gruwell digambarkan sebagai terlalu pesimis dan memandang rendah pelajar kelas 203. I don’t think any teacher would be THAT negative. Tak tahulah.

3. Watak Patrick Dempsey (walaupun memang ada dalam kisah sebenar) hanya sekadar penghias dalam filem ini. Supaya ada pelakon kacak.

BABAK PILIHAN TAUKE

Siri babak pelajar kelas 203 mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengumpul wang bagi menjemput salah seorang mangsa Holocaust di Eropah datang ke sekolah tersebut.

Sangat-sangat memberi inspirasi.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Hilary Swank

METER TAUKE

3.4/5

Tuesday, April 29, 2008

ULASAN: LAILA ISABELLA (2003)



PENGARAH

Rashid Sibir

PELAKON

Rosyam Nor, Nasha Aziz, Saiful Apek, Syanie, Hans Isaac, Erma Fatima, Liza Hanim, Yusni Jaafar, Azean Irdawaty, Kudsia Kahar, Seelan Paul

SINOPSIS

Laila (Nasha Aziz) gadis tomboy bersahabat rapat dengan Azam (Rosyam Nor). Azam menyimpan perasaan terhadap Laila namun tak pernah diberitahu.

Konflik bermula apabila Laila mengenakan gaun rekaan Kak Bell (Erma Fatima) dan dilihat oleh Johan (Hans Isaac) yang langsung terpikat dengan Laila.

Bermulalah perhubungan cinta segi tiga Azam-Laila-Johan. Johan jemput Laila ke majlis hari jadi ibunya. Di sanalah bertemunya ketiga-tiga karakter utama, lantas menjadi klimaks filem ini.

Pertembungan perasaan yang klise dalam filem Melayu moden. Azam tak nak luahkan cinta. Johan yang gatal walaupun dah bertunang.

Laila yang naif dan tak tahu rahsia sebenar Azam. Filem ini membongkarkan segala-galanya.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Antara filem cinta Melayu moden yang simple and sweet. Sentuhan Rashid Sibir tak terlalu konservatif (macam ayat-ayat cinta Yusof Haslam) atau terlalu straight to the point sampai membosankan (macam cerita Razak Mohaideen).

2. Plot lancar. Ini antara filem komedi romantik Melayu moden yang memang betul-betul mengadunkan komedi dan romantik.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Klise, klise, dan klise. Banyak lawak Saiful Apek yang dah jemu didengar tapi ada lagi dalam filem ini.

2. Karakter Azam tak dibina dengan baik. Memanglah dia nak kerja sendiri, tapi jual VCD? He can do better than that with a degree.

3. Barisan pelakon pembantu yang gah pada nama, tapi over-acting. Liza Hanim, out. Seelan Paul, out. Kudsia Kahar, out.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak akhir sewaktu Azam pujuk Laila. Super sweet!

PELAKON PILIHAN TAUKE

Nasha Aziz

METER TAUKE

3.1/5

ULASAN: JANGAN PANDANG BELAKANG (2007)



PENGARAH

Ahmad Idham

PELAKON

Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Jalaluddin Hassan, Rio Elani

SINOPSIS

Kehidupan Dharma (Pierre Andre) mula terganggu dengan kehadiran makhluk halus selepas dia cuba menyiasat punca kematian misteri tunangnya, Ros (Intan Ladyana) yang mati mengejut.

Dharma menjumpai sebuah botol kecil yang sebenarnya mengandungi makhluk halus sekaligus menghantui kehidupan Dharma.

Dengan bantuan adik kembar Ros iaitu Seri (Intan Ladyana), Dharma terus menyiasat namun dengan gangguan berterusan, Dharma mengambil cuti seminggu dan pulang ke kampung untuk berubat.

Namun gangguan masih terus berlaku dan bukan Dharma sahaja yang menjadi mangsa.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Seram juga buah tangan Ahmad Idham. Tidaklah Tauke menahan telinga mendengar pekik demi pekik macam filem seram Malaysia moden sebelum ini.

2. Babak seram mempunyai build-up yang baik. Tak adalah tiba-tiba keluar hantu.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Lakonan Intan Ladyana. Sangatlah...bosan!

2. Watak Ros tidak dikembangkan langsung. Tak jelas sangat sebab apa Ros mati. Takkan makan ubat banyak sangat boleh mati. Mungkinlah.

3. Kadang-kadang kamera close-up hantu lama sangat. Nampaklah solekan dan baju hantu yang agak tak menjadi.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak Dharma dukung neneknya masuk ke bilik tidur. Huhu. Tengok-tengok...

PELAKON PILIHAN TAUKE

Ruminah Sidek. (Percayalah cakap Tauke, dia berkali-kali ganda lebih seram daripada semua hantu dalam filem ini!)

METER TAUKE

3.2/5

Saturday, April 26, 2008

ULASAN: CINTA (2006)



PENGARAH

Kabir Bhatia

PELAKON

Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusof, Fasha Sandha, Pierre Andre, Sharifah Amani, Que Haidar, Nanu Baharuddin, Rashidi Ishak, Rita Rudaini

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan perhubungan, konflik, dan kaitan perasaan antara 5 pasangan yang berbeza sifat dan latar belakang.

Pasangan suami isteri Harris (Rashidi Ishak) dan Airin (Rita Rudaini) yang tampak bahagia namun bergolak lantaran cinta Airin pada lelaki lain.

Cikgu Elyas (Rahim Razali) penghidap Alzheimer beroleh ketenangan dan teman selepas bertemu dengan Rubiah (Fatimah Abu Bakar) yang kagum dan belas dengannya.

Dhani (Que Haidar) seorang pelukis jalanan yang mendepani hubungan love-hate dengan kakaknya, Dyan (Nanu Baharuddin) yang cuba membantu Dhani walau dia enggan.

Ariel (Sharifah Amani) datang ke kota mencari kekasih yang hilang. Dibantu wartawan tabloid, Taufiq (Pierre Andre). Masa mendekatkan hati mereka.

Azlan (Eizlan Yusof) seorang usahawan penerbitan tertarik dengan gadis pembantu di kedai buku - Azura (Fasha Sandha). Cinta dua darjat.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini berbeza dengan filem Malaysia lain. Filem bertema cinta yang tak klise. Cinta antara adik dan kakak, cinta antara dua warga emas. Sweet.

2. Plot dan skrip yang simple dan mudah diikuti – tapi membawa maksud yang tetap mendalam dan berkesan. Camera angle mantap.

3. “Isteri bukannya hak milik, tapi anugerah.”

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Ada beberapa babak yang tak perlu ada pun.

2. Nampak sangat adaptasi Kabir Bhatia daripada beberapa filem Hollywood macam Love Actually. Tapi OKlah.

3. Beberapa watak yang kabur sedikit perkembangannya . Contohnya, kaitan dan kisah bekas kekasih Ariel yang tak dijelaskan sangat. Kecurangan Airin pun disentuh dalam satu dua ayat saja.

BABAK PILIHAN TAUKE

Cikgu Elyas membantu Rubiah mempersiap warung sambil bergebang dan, pastinya, punch line itu: “Isteri bukannya hak milik, tapi anugerah.”

PELAKON PILIHAN TAUKE

Rahim Razali

METER TAUKE

3.4/5

Friday, April 25, 2008

ULASAN: THE GREAT DEBATERS (2007)

PENGARAH

Denzel Washington

PELAKON

Denzel Washington, Nate Parker, Jude Smollett, Denzel Whitaker, Forest Whitaker

SINOPSIS

Filem ini diadaptasi daripada sebuah kisah benar mengenai Melvin B. Tolson, seorang profesor di Wiley College – sebuah kolej untuk pelajar kulit hitam pada tahun 1935.

Tolson (Washington) mengasaskan sebuah pasukan debat di kolej tersebut. Dengan latihan beliau, kolej tersebut melalui beberapa perlawanan debat sehinggalah mereka bertemu dengan pasukan Universiti Harvard.

Filem ini turut menyentuh perjuangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat bagi mendapatkan hak-hak sivil.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Kata-kata semangat Tolson kepada para pendebat:

Who is the judge? - The judge is God.

Why is he God? - Because he decides who wins or loses. Not my opponent.


Who is your opponent? - He does not exist.


Why does he not exist? - Because he is a mere dissenting voice of the truth I speak!

2. Boleh belajar tentang sejarah perjuangan orang kulit hitam di Amerika.

3. Seronok tengok orang berdebat.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Beberapa ‘kesilapan fakta’ yang mungkin mengelirukan. Wiley College memang ada pasukan debat, tapi tak pernah lawan Universiti Harvard.

2. Sesiapa yang tak suka sangat tengok filem ‘bercakap-cakap saja’, ini bukan filem untuk kalian. Ada beberapa babak debat yang Tauke tengok pun agak bosan.

BABAK PILIHAN TAUKE

Perlawanan akhir antara Wiley College dan Universiti Harvard. Klasik. Terutamanya hujah penutup oleh Wiley College.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Nate Parker

METER TAUKE

3.6/5

ULASAN: 12 ANGRY MEN (1957)

PENGARAH

Sidney Lumet

PELAKON

Henry Fonda, Lee J. Cobb, Jack Klugman, Ed Begley, Jack Warden

SINOPSIS

Seorang remaja Latin selesai menjalani perbicaraan atas tuduhan membunuh bapanya. 12 orang juri ditugaskan untuk memutuskan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya.

Kesemua juri yakin bahawa remaja tersebut bersalah dengan bukti dan saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwa, kecuali Juri Nombor 8 (Fonda).

Maka bermulalah pertembungan fakta, pendapat, dan emosi 12 orang juri dengan latar belakang berbeza untuk menentukan hidup dan mati seorang remaja.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini unik. Tidak ada nama watak yang diperkenalkan. Semuanya dikenali dengan nombor juri masing-masing sehinggalah pada akhir filem, dua nama juri diketahui.

2. Walaupun 90% daripada babak dilakonkan di dalam ‘bilik juri’ semata-mata, filem ini langsung tak membosankan.

3. Karakter berwarna-warni. 12 orang juri, 12 peribadi berbeza. Semuanya boleh dikenali apabila mereka bincang tentang kes tersebut.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

Ada beberapa watak yang lebih menonjol daripada yang lain – itu biasa, tapi ada sampai berlebihan. Mungkin teknik lakonan dahulu kala.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak setiap kali tiga karakter utama bertikam lidah. Seorang heroic, tenang dan teliti; satu lagi pemarah dan pendendam, seorang lagi prejudis dengan orang miskin.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Lee J. Cobb

METER TAUKE

4/5

ULASAN: THE BRAVE ONE (2007)


PENGARAH

Neil Jordan

PELAKON

Jodie Foster, Terrence Howard, Naveen Andrews, Nicky Katt, Mart Steenburgen

SINOPSIS

Erica Bain (Foster) seorang hos radio telah menjadi mangsa trauma kronik selepas dia dan tunang, David Kirmani (Andrews) dibelasah teruk oleh tiga orang gangster di sebuah taman dekat New York.

Tunangnya meninggal dunia di tempat kejadian. Bain mengambil keputusan untuk tinggal di dalam rumah dan tidak keluar – namun pada suatu hari dia nekad untuk keluar.

Bain membeli sepucuk pistol untuk perlindungan diri dan pada suatu malam, Bain bertembung dengan seorang perompak di kedai runcit.

Demi menyelamatkan kedai tersebut, Bain menembak mati perompak tersebut dan dia melarikan diri. Kejadian tak sengaja ini berterusan apabila Bain terus menjadi ‘wira gelap’ dan membunuh sesiapa sahaja yang melakukan kejahatan.

Kejadian ini disiasat oleh Detektif Mercer (Howard) yang turut menjadi tetamu rancangan radio Bain. Mercer terus menyiasat dan Bain terus bersembunyi.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Bukan selalu kita boleh tengok penjahat-penjahat ditembak mati oleh wanita yang terketar-ketar memegang pistol – bukannya hero gagah.

2. Tauke memang suka watak dark hero macam Spawn, The Punisher, dan banyak lagilah. Jahat tapi baik. Baik tapi jahat. Layan.

3. Skrip dalam filem ini banyak falsafah. Terutama dalam babak Bain menghoskan rancangan radionya yang bercerita tentang kehidupan.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Keberanian tiba-tiba yang tertonjol dalam diri Bain kadang-kadang nampak tak logik. Kalau boleh trauma kronik sebab tengok tunang mati – macam mana boleh jadi pembunuh bersiri? Mungkin reversal effect.

2. Dalam beberapa babak, kekuatan fizikal Bain macam over sikitlah.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak kali pertama Bain menembak penjahat. Ketakutan bertemu dendam dan keazaman. Trauma yang dihapuskan dengan kejadian yang menyebabkan trauma – peluru dan kematian.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Jodie Foster

METER TAUKE

3.4/5

ULASAN: 1408 (2007)



PENGARAH

Mikael Hafstrom

PELAKON

John Cusack, Samuel L. Jackson, Tony Shalhoub

SINOPSIS

Mike Enslin (Cusack) merupakan penulis dalam bidang supernatural yang sering ke tempat-tempat yang dikatakan ‘berhantu’ dan menulis pengalaman beliau yang menafikan kewujudan makhluk ghaib di tempat tersebut.

Pada suatu hari, Enslin menerima sebuah poskad tanpa nama dari Hotel Dolphin yang bertulis “Don’t enter 1408”.

Teruja dengan cabaran tersebut, Enslin membuat kajian dan mendapati bilik 1408 di hotel tersebut ditutup daripada mana-mana pelanggan lantaran berpuluh-puluh kes kematian misteri berlaku di bilik tersebut.

Enslin mendesak pengurus hotel untuk tinggal semalaman di bilik itu dan bermulalah ‘pengembaraan’ barunya dalam bidang supernatural.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini tak ada hantu muncul tiba-tiba atau hantu berdarah-darah – tapi filem ini memang seram. Serius. Tekanan mental watak Enslin dirasakan sepanjang filem.

2. Setiap babak ‘pertembungan’ Enslin dengan kuasa ghaib bilik tersebut dipaparkan secara perlahan-lahan dan kemas. Mood seram sampai habis.

3. Ending filem yang mengujakan. Penonton akan berfikir semula tentang seluruh babak sebelumnya – betulkah ini yang berlaku?

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Pergerakan plot pada awal filem sangat perlahan.

2. Kadang-kadang penonton kena fikir sampai pening atau rewind filem ini sebab ada plot yang disusun pelik. Boleh confuse kalau silap tengok.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak Enslin meminta pertolongan daripada isterinya melalui web cam untuk mengeluarkannya daripada bilik 1408. Sangat cemas – dan ada kuasa ghaib dalam komputer riba!

PELAKON PILIHAN TAUKE

John Cusack (Siapa lagi? Dia seorang saja pelakon utama filem ini)

METER TAUKE

3.75/5

ULASAN: STREET KINGS (2008)

PENGARAH

David Ayer

PELAKON

Keanu Reeves, Forest Whitaker, Hugh Laurie, Chris Evans, Common, The Game

SINOPSIS

Detektif Tom Ludlow (Reeves) merupakan pegawai polis berpengalaman di Los Angeles Police Department (LAPD). Dalam satu kejadian tembak-menembak yang menyebabkan kematian bekas rakan sekerja Ludlow, beliau telah disyaki menyebabkan kematian tersebut.

Ludlow kemudiannya cuba membongkar satu-persatu misteri di sebalik kematian bekas rakan sekerjanya melalui teknik penyiasatannya yang tidak mematuhi etika kepolisan tetapi dilindungi oleh bosnya, Kapten Jack Wander (Whitaker).

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini kick-ass. Banyak aksi kepolisan yang selamba tetapi tetap mengagumkan. Boleh tengok orang cucuk pipi guna hujung gari. Aduh!

2. Jalan cerita mudah. Penonton akan ‘dipaksa’ untuk kekal sehingga ke akhir filem sebab skrip dan perkembangan karakter membuatkan kita rasa semua orang boleh dikaitkan dengan kematian dan korupsi dalam LAPD.

3. Bagi penonton wanita (dan lelaki) yang dah lama rindu dengan aksi aktor kacak Keanu Reeves – ini kemunculannya yang berkesan dalam filem aksi selepas Speed dan The Matrix.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Ending filem ini ada twist sedikit, tapi macam dah boleh agaklah kalau tengok betul-betul. Haha.

2. Karakter watak Hugh Laurie, Kapten James Biggs, ada pengaruh gaya dan intonasi Dr. Gregory House – watak drama lakonan Laurie.

3. Ada dua orang rapper berlakon dalam filem ini – Common dan The Game. Lakonan mereka...bolehlah.

BABAK PILIHAN TAUKE

1. Babak ini kalau Tauke tulis, nanti kalian tahu pula kesudahannya. Kasihanlah yang masih belum tonton. Babak akhir, Ludlow dan Wander bertikam lidah.

2. Semua babak kick-ass. Ada orang kena gulung badan dalam kawat duri. Kena cucuk pipi dengan gari. Macam-macam ada!

PELAKON PILIHAN TAUKE

Forest Whitaker

METER TAUKE

3.5/5

KENAPA FILEM DAN WAYANG?

Sebab kedua-duanya sama, minat aku, cuma dalam lenggok bahasa yang berbeza.

Di Malaysia, orang lebih gemar memanggil seni layar perak ini sebagai filem. Di Indonesia, wayang lebih basah di lidah.

Walau apa pun, aku mahu menulis dan berkongsi mengenai antara perkara yang paling aku suka dalam hidup - tonton wayang!

Beratur panjang sampai lenguh kaki (aku tak ada duit nak tonton Gold Class dan malas nak buat phone booking) sambil tunggu giliran beli tiket.

Makan popcorn dan kunyah New York Chicken 1901. Pegang tangan sendiri kalau sejuk. Yang ada girlfriend, itu cerita lain.

Aku percaya setiap filem dibikin untuk kita semua - khalayak penonton. Maka, kita semua boleh bergelar pengkritik filem.

Walau hanya amatur, tanpa menghadiri mana-mana kelas perfileman atau ilmu seni persembahan.

Komentar peribadi dan citarasa sendiri pun boleh jadi hakim pada wayang bukan?

Kalian boleh panggil aku Tauke Wayang. Nak panggil apa-apa pun boleh. Aku peduli apa. Haha.

Blog ini bakal memuatkan komentar dan pandangan peribadi aku tentang filem yang aku sudah tonton.

Tinggalkan komen kalau mahu puji, kutuk, cadang, maki - apa sahaja yang kalian mahu kongsi tentang filem dan wayang yang aku tulis di sini.

Nak kutuk aku pun boleh. Silakan.

Terimalah, Filem & Wayang.