Friday, April 25, 2008

ULASAN: 12 ANGRY MEN (1957)

PENGARAH

Sidney Lumet

PELAKON

Henry Fonda, Lee J. Cobb, Jack Klugman, Ed Begley, Jack Warden

SINOPSIS

Seorang remaja Latin selesai menjalani perbicaraan atas tuduhan membunuh bapanya. 12 orang juri ditugaskan untuk memutuskan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya.

Kesemua juri yakin bahawa remaja tersebut bersalah dengan bukti dan saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwa, kecuali Juri Nombor 8 (Fonda).

Maka bermulalah pertembungan fakta, pendapat, dan emosi 12 orang juri dengan latar belakang berbeza untuk menentukan hidup dan mati seorang remaja.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini unik. Tidak ada nama watak yang diperkenalkan. Semuanya dikenali dengan nombor juri masing-masing sehinggalah pada akhir filem, dua nama juri diketahui.

2. Walaupun 90% daripada babak dilakonkan di dalam ‘bilik juri’ semata-mata, filem ini langsung tak membosankan.

3. Karakter berwarna-warni. 12 orang juri, 12 peribadi berbeza. Semuanya boleh dikenali apabila mereka bincang tentang kes tersebut.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

Ada beberapa watak yang lebih menonjol daripada yang lain – itu biasa, tapi ada sampai berlebihan. Mungkin teknik lakonan dahulu kala.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak setiap kali tiga karakter utama bertikam lidah. Seorang heroic, tenang dan teliti; satu lagi pemarah dan pendendam, seorang lagi prejudis dengan orang miskin.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Lee J. Cobb

METER TAUKE

4/5

No comments: