Wednesday, April 30, 2008

ULASAN: TO KILL A MOCKINGBIRD (1962)


PENGARAH

Director – Robert Mulligan (Inside Daisy Clover, The Pursuit of Happiness, The Man In The Moon)

PELAKON

Gregory Peck, John Megna, Frank Overton, Mary Badham, Philip Alford, James Anderson, Robert Duvall, Alice Ghostley

SINOPSIS

Adaptasi novel tulisan Harper Lee ini mengisahkan suasana prejudis perkauman dan ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam di Alabama, Amerika Syarikat sekitar 1932.

Temanya berat, tapi disampaikan melalui kaca mata ‘Scout’ (Badham) – anak gadis berusia 6 tahun bersama-sama abangnya, ‘Jem’ (Alford) dan seorang jiran, ‘Dill’.

Bapa ‘Scout’, Atticus Finch (Peck) merupakan seorang peguam yang ditugaskan untuk membela seorang lelaki kulit hitam yang dituduh merogol seorang gadis kulit putih.

Juri mahkamah? 12 lelaki berkulit putih.

Scout juga menceritakan pengalamannya tentang jiran misteri, Boo Radley (Duvall) yang khabarnya mempunyai masalah mental dan tidak pernah keluar dari rumah, malah pernah membunuh.

Penemuan sebuah kotak misteri di dalam lubang pokok berdekatan rumah Radley membongkar rahsia sebenarnya, menyebabkan Scout akhirnya memberanikan diri ke rumah Bradley.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Secara peribadi, Tauke dah baca karya hebat Harper Lee ini. To watch a good movie being made out of it, is a pleasure.

2. Filem ini sangat comel walaupun menceritakan tentang masalah krisis anti-kulit hitam, rogol, dan bunuh. Sebab penceritanya kanak-kanak. Sangat benar dan naif.

3. Mesej berat diadun dengan baik dalam skrip yang mudah. Bagaimana mahu terangkan keputusan mahkamah kepada anak kecil berusia enam tahun? Filem ini ada jawapannya.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Pergerakan plot perlahan. Bagi yang terbiasa dengan filem moden dengan plot pantas, ini bukan filem untuk kalian.

2. Keseluruhan dialog filem ini dtuturkan dalam loghat Alabama, selatan Amerika. Lain sikitlah bunyinya. Kalau tak ada sari kata, susah nak faham.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak Atticus Finch membela Tim Robinson, suspek rogol di mahkamah. Tenang, bijak, dan meyakinkan.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Mary Badham

METER TAUKE

3.9/5

No comments: