Saturday, April 26, 2008

ULASAN: CINTA (2006)



PENGARAH

Kabir Bhatia

PELAKON

Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusof, Fasha Sandha, Pierre Andre, Sharifah Amani, Que Haidar, Nanu Baharuddin, Rashidi Ishak, Rita Rudaini

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan perhubungan, konflik, dan kaitan perasaan antara 5 pasangan yang berbeza sifat dan latar belakang.

Pasangan suami isteri Harris (Rashidi Ishak) dan Airin (Rita Rudaini) yang tampak bahagia namun bergolak lantaran cinta Airin pada lelaki lain.

Cikgu Elyas (Rahim Razali) penghidap Alzheimer beroleh ketenangan dan teman selepas bertemu dengan Rubiah (Fatimah Abu Bakar) yang kagum dan belas dengannya.

Dhani (Que Haidar) seorang pelukis jalanan yang mendepani hubungan love-hate dengan kakaknya, Dyan (Nanu Baharuddin) yang cuba membantu Dhani walau dia enggan.

Ariel (Sharifah Amani) datang ke kota mencari kekasih yang hilang. Dibantu wartawan tabloid, Taufiq (Pierre Andre). Masa mendekatkan hati mereka.

Azlan (Eizlan Yusof) seorang usahawan penerbitan tertarik dengan gadis pembantu di kedai buku - Azura (Fasha Sandha). Cinta dua darjat.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini berbeza dengan filem Malaysia lain. Filem bertema cinta yang tak klise. Cinta antara adik dan kakak, cinta antara dua warga emas. Sweet.

2. Plot dan skrip yang simple dan mudah diikuti – tapi membawa maksud yang tetap mendalam dan berkesan. Camera angle mantap.

3. “Isteri bukannya hak milik, tapi anugerah.”

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Ada beberapa babak yang tak perlu ada pun.

2. Nampak sangat adaptasi Kabir Bhatia daripada beberapa filem Hollywood macam Love Actually. Tapi OKlah.

3. Beberapa watak yang kabur sedikit perkembangannya . Contohnya, kaitan dan kisah bekas kekasih Ariel yang tak dijelaskan sangat. Kecurangan Airin pun disentuh dalam satu dua ayat saja.

BABAK PILIHAN TAUKE

Cikgu Elyas membantu Rubiah mempersiap warung sambil bergebang dan, pastinya, punch line itu: “Isteri bukannya hak milik, tapi anugerah.”

PELAKON PILIHAN TAUKE

Rahim Razali

METER TAUKE

3.4/5

4 comments:

Anonymous said...

Idea citer ni mmg can Love Actually tapi kabir bahtiar mmg brilliant, plot citer sgt bagus. antara citer m'sia yg bagus la

Tauke Wayang said...

Tauke setuju. Tapi yang mana lebih bagus?

Love Actually atau Cinta?

Anonymous said...

Cinta lg best! Mungkin sbb latar citer lbh dekat ngan kita...psl rakyat m'sia

Tauke Wayang said...

Tauke pun lebih suka Cinta berbanding Love Actually.