Showing posts with label Pierre Andre. Show all posts
Showing posts with label Pierre Andre. Show all posts

Tuesday, April 29, 2008

ULASAN: JANGAN PANDANG BELAKANG (2007)



PENGARAH

Ahmad Idham

PELAKON

Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Jalaluddin Hassan, Rio Elani

SINOPSIS

Kehidupan Dharma (Pierre Andre) mula terganggu dengan kehadiran makhluk halus selepas dia cuba menyiasat punca kematian misteri tunangnya, Ros (Intan Ladyana) yang mati mengejut.

Dharma menjumpai sebuah botol kecil yang sebenarnya mengandungi makhluk halus sekaligus menghantui kehidupan Dharma.

Dengan bantuan adik kembar Ros iaitu Seri (Intan Ladyana), Dharma terus menyiasat namun dengan gangguan berterusan, Dharma mengambil cuti seminggu dan pulang ke kampung untuk berubat.

Namun gangguan masih terus berlaku dan bukan Dharma sahaja yang menjadi mangsa.

TAUKE SUKA SEBAB…

1. Seram juga buah tangan Ahmad Idham. Tidaklah Tauke menahan telinga mendengar pekik demi pekik macam filem seram Malaysia moden sebelum ini.

2. Babak seram mempunyai build-up yang baik. Tak adalah tiba-tiba keluar hantu.

TAUKE TAK SUKA SEBAB…

1. Lakonan Intan Ladyana. Sangatlah...bosan!

2. Watak Ros tidak dikembangkan langsung. Tak jelas sangat sebab apa Ros mati. Takkan makan ubat banyak sangat boleh mati. Mungkinlah.

3. Kadang-kadang kamera close-up hantu lama sangat. Nampaklah solekan dan baju hantu yang agak tak menjadi.

BABAK PILIHAN TAUKE

Babak Dharma dukung neneknya masuk ke bilik tidur. Huhu. Tengok-tengok...

PELAKON PILIHAN TAUKE

Ruminah Sidek. (Percayalah cakap Tauke, dia berkali-kali ganda lebih seram daripada semua hantu dalam filem ini!)

METER TAUKE

3.2/5

Saturday, April 26, 2008

ULASAN: CINTA (2006)



PENGARAH

Kabir Bhatia

PELAKON

Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusof, Fasha Sandha, Pierre Andre, Sharifah Amani, Que Haidar, Nanu Baharuddin, Rashidi Ishak, Rita Rudaini

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan perhubungan, konflik, dan kaitan perasaan antara 5 pasangan yang berbeza sifat dan latar belakang.

Pasangan suami isteri Harris (Rashidi Ishak) dan Airin (Rita Rudaini) yang tampak bahagia namun bergolak lantaran cinta Airin pada lelaki lain.

Cikgu Elyas (Rahim Razali) penghidap Alzheimer beroleh ketenangan dan teman selepas bertemu dengan Rubiah (Fatimah Abu Bakar) yang kagum dan belas dengannya.

Dhani (Que Haidar) seorang pelukis jalanan yang mendepani hubungan love-hate dengan kakaknya, Dyan (Nanu Baharuddin) yang cuba membantu Dhani walau dia enggan.

Ariel (Sharifah Amani) datang ke kota mencari kekasih yang hilang. Dibantu wartawan tabloid, Taufiq (Pierre Andre). Masa mendekatkan hati mereka.

Azlan (Eizlan Yusof) seorang usahawan penerbitan tertarik dengan gadis pembantu di kedai buku - Azura (Fasha Sandha). Cinta dua darjat.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini berbeza dengan filem Malaysia lain. Filem bertema cinta yang tak klise. Cinta antara adik dan kakak, cinta antara dua warga emas. Sweet.

2. Plot dan skrip yang simple dan mudah diikuti – tapi membawa maksud yang tetap mendalam dan berkesan. Camera angle mantap.

3. “Isteri bukannya hak milik, tapi anugerah.”

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Ada beberapa babak yang tak perlu ada pun.

2. Nampak sangat adaptasi Kabir Bhatia daripada beberapa filem Hollywood macam Love Actually. Tapi OKlah.

3. Beberapa watak yang kabur sedikit perkembangannya . Contohnya, kaitan dan kisah bekas kekasih Ariel yang tak dijelaskan sangat. Kecurangan Airin pun disentuh dalam satu dua ayat saja.

BABAK PILIHAN TAUKE

Cikgu Elyas membantu Rubiah mempersiap warung sambil bergebang dan, pastinya, punch line itu: “Isteri bukannya hak milik, tapi anugerah.”

PELAKON PILIHAN TAUKE

Rahim Razali

METER TAUKE

3.4/5