Showing posts with label Forest Whitaker. Show all posts
Showing posts with label Forest Whitaker. Show all posts

Friday, April 25, 2008

ULASAN: THE GREAT DEBATERS (2007)

PENGARAH

Denzel Washington

PELAKON

Denzel Washington, Nate Parker, Jude Smollett, Denzel Whitaker, Forest Whitaker

SINOPSIS

Filem ini diadaptasi daripada sebuah kisah benar mengenai Melvin B. Tolson, seorang profesor di Wiley College – sebuah kolej untuk pelajar kulit hitam pada tahun 1935.

Tolson (Washington) mengasaskan sebuah pasukan debat di kolej tersebut. Dengan latihan beliau, kolej tersebut melalui beberapa perlawanan debat sehinggalah mereka bertemu dengan pasukan Universiti Harvard.

Filem ini turut menyentuh perjuangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat bagi mendapatkan hak-hak sivil.

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Kata-kata semangat Tolson kepada para pendebat:

Who is the judge? - The judge is God.

Why is he God? - Because he decides who wins or loses. Not my opponent.


Who is your opponent? - He does not exist.


Why does he not exist? - Because he is a mere dissenting voice of the truth I speak!

2. Boleh belajar tentang sejarah perjuangan orang kulit hitam di Amerika.

3. Seronok tengok orang berdebat.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Beberapa ‘kesilapan fakta’ yang mungkin mengelirukan. Wiley College memang ada pasukan debat, tapi tak pernah lawan Universiti Harvard.

2. Sesiapa yang tak suka sangat tengok filem ‘bercakap-cakap saja’, ini bukan filem untuk kalian. Ada beberapa babak debat yang Tauke tengok pun agak bosan.

BABAK PILIHAN TAUKE

Perlawanan akhir antara Wiley College dan Universiti Harvard. Klasik. Terutamanya hujah penutup oleh Wiley College.

PELAKON PILIHAN TAUKE

Nate Parker

METER TAUKE

3.6/5

ULASAN: STREET KINGS (2008)

PENGARAH

David Ayer

PELAKON

Keanu Reeves, Forest Whitaker, Hugh Laurie, Chris Evans, Common, The Game

SINOPSIS

Detektif Tom Ludlow (Reeves) merupakan pegawai polis berpengalaman di Los Angeles Police Department (LAPD). Dalam satu kejadian tembak-menembak yang menyebabkan kematian bekas rakan sekerja Ludlow, beliau telah disyaki menyebabkan kematian tersebut.

Ludlow kemudiannya cuba membongkar satu-persatu misteri di sebalik kematian bekas rakan sekerjanya melalui teknik penyiasatannya yang tidak mematuhi etika kepolisan tetapi dilindungi oleh bosnya, Kapten Jack Wander (Whitaker).

TAUKE SUKA SEBAB...

1. Filem ini kick-ass. Banyak aksi kepolisan yang selamba tetapi tetap mengagumkan. Boleh tengok orang cucuk pipi guna hujung gari. Aduh!

2. Jalan cerita mudah. Penonton akan ‘dipaksa’ untuk kekal sehingga ke akhir filem sebab skrip dan perkembangan karakter membuatkan kita rasa semua orang boleh dikaitkan dengan kematian dan korupsi dalam LAPD.

3. Bagi penonton wanita (dan lelaki) yang dah lama rindu dengan aksi aktor kacak Keanu Reeves – ini kemunculannya yang berkesan dalam filem aksi selepas Speed dan The Matrix.

TAUKE TAK SUKA SEBAB...

1. Ending filem ini ada twist sedikit, tapi macam dah boleh agaklah kalau tengok betul-betul. Haha.

2. Karakter watak Hugh Laurie, Kapten James Biggs, ada pengaruh gaya dan intonasi Dr. Gregory House – watak drama lakonan Laurie.

3. Ada dua orang rapper berlakon dalam filem ini – Common dan The Game. Lakonan mereka...bolehlah.

BABAK PILIHAN TAUKE

1. Babak ini kalau Tauke tulis, nanti kalian tahu pula kesudahannya. Kasihanlah yang masih belum tonton. Babak akhir, Ludlow dan Wander bertikam lidah.

2. Semua babak kick-ass. Ada orang kena gulung badan dalam kawat duri. Kena cucuk pipi dengan gari. Macam-macam ada!

PELAKON PILIHAN TAUKE

Forest Whitaker

METER TAUKE

3.5/5